Thursday, February 25, 2010


Cerita Lawak : Kisah Orang Yang Takda Komputer Dan Email

Seorang wanita memohon jawatan tukang sapu di MSC Cyberjaya. Pegawai di situ telah mengadakan temuduga dan meminta wanita itu menunjukkan caranya membersih lantai.. Lalu dia mengatakan “Anda diterima bekerja, berikan email anda, kami akan mengirim maklumat yang diperlukan.” Wanita itu menyatakan yang dia tidak memiliki komputer dan juga email. Penemuduga terus mengatakan bahawa tanpa email.. wanita itu tidak boleh diambil sebagai pekerja.
Wanita itu menerima keputusan itu dengan rasa kecewa dan hanya memiliki RM10. lalu dia pergi ke Supermarket terdekat dan membeli 10 kg sayur. Lalu dijualnya sayur tersebut dari pintu ke pintu dan habis dalam masa 2 jam saja. Dia mendapat untung sekali ganda.. Lalu diulanginya kerja tersebut dan menjadikannya sebagai pekerjaan tetapnya.. Setelah beberapa waktu.. dia mampu membeli Lamborghini dan mengembangkan perniagaannya dengan membuka beberapa supermarket di sekitar Kuala Lumpur.
Suatu hari.. dia terlintas untuk mengambil insuran untuk diri dan keluarganya… Dipanggilnya penjual insuran datang kepejabatnya…. Setelah bersetuju… Penjual insuran berkata.. “Minta email Puan…” “Oh.. maaf saya tidak ada komputer dan email” jawab wanita itu.
Penjual Insuran terkejut dan berkata “Aneh.. Puan mempunyai perniagaan yang besar, tapi tidak mempunyai komputer dan email. Bayangkan apa yang Puan boleh lakukan jika Puan memiliki komputer dan email.” Wanita itu menjawab: “Jadi tukang Sapu di MSC Cyberjaya”




Ermmmmm...soalan yang baik..hehehe..rasanya dah lama aku tinggalkan penerokaan ku dalam bidang ICT ( Information and communication Technology ). Masa baru posting lepas maktab aku rasa boleh tahan terror jugak..tapi bukan terrorist la..boleh dikatakan aku je yang kena buat kat sekolah tu.. pamplet la,back drop la..minit mesyuarat la..dll..maklumlah baru lepas maktab..orang baru..buat aje la..masa tu kena posting kat SK Datuk Keramat(1) KL. Pas tu bila pindah kampung..aku jadi berat lak..tak tau lah pasal apa..mungkin sikap 'M' yang tumbuh kat badan aku nie banyak sangat.. Tapi sekarang nie minat ku meneroka kat dalam internet dah pulih semula..I'am back!!!..sebenarnya macam-macam benda yang kita boleh explore dalam internet..aku pun dah berjumpa dengan kawan-kawan lama dalam 'facebook'..boleh chat nampak muka kat Ym dan dah pandai buat blog nie..apa-apa pun rugi kalau kita tak menguasai ICT...



Awal persekolahan murid-murid dilawati oleh Guru Besar Sekolah (Tn Hj Sarkawi B Hj Satu ). Sesi perkenalan lah katakan. ada juga yang panggil 'atok'..isshhh...nasib baik big Boss tak dengar..husssh..kalau tak habis lah aku...

Tuesday, February 23, 2010


JANGAN MENGELUH ...
Kita selalu Bertanya......dan Al-Quran sudah menjawabnya......


KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?

QURAN MENJAWAB
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3


KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?

QURAN MENJAWAB
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
- Surah Al-Baqarah ayat 216


KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

QURAN MENJAWAB
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
- Surah Al-Baqarah ayat 286


KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST?

QURAN MENJAWAB
"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."
- Surah Al-Imran ayat 139


KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

QURAN MENJAWAB
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) , dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."


KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

QURAN MENJAWAB
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
- Surah Al-Baqarah ayat 45


KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?

QURAN MENJAWAB
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ?
- Surah At-Taubah ayat 111


KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

QURAN MENJAWAB
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."
- Surah At-Taubah ayat 129


KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!!

QURAN MENJAWAB
"... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."
- Surah Yusuf ayat 12


* muhasabah diri sendiri..setiap apa yang terjadi pasti ada
sebabnya..reda saja la...

Sunday, February 21, 2010

SAtu kEpUAsAN

Hari ini hubby mengajak aku berbasikal keluar dari taman...terharu aku tak sangka nak jugak dia teman ku berkayuh...selalu dia ngan member-member dia je. Saat melepasi lampu isyarat dari taman rumahku bangga yang teramat..tak pernah seumur hidupku naik basikal berhenti kat lampu isyarat..masa kecik-kecik naik basikal lepas parit aje..tu pun mak da jerit..huhu..serun jugak masa nak melintas jalan takut ngan kereta yang bergerak..aku nie badan jek besar tapi hati kecik..dalam perjalanan cycling hubby mengajar cara nak tukar gear..kalau naik bukit pakai gear ringan..jalan biasa gear berat sikit..tekan je la kalau dia suruh tekan..aku ikut aje..macam nak tanggal kaki bila naik bukit..seronok masa turun bukit..punggung pun naik kebas..terasa macam nak tanggal seluruh anggota badan..tapi bagi aku itu semua satu kepuasan..


Saat sedang nyenyak dibuai mimpi di atas tilam yang begitu empuk, bilik yang dingin dan kelam tanpa cahaya, anda terbangun tiba-tiba. Setelah mata terbuka, persekitaran diamati. Belum subuh lagi ni, hati bermonolog sendirian. Kemudian tangan mencapai telefon bimbit melihat jam sekadar mendapatkan satu kepastian. "Oh, baru pukul 3 pagi."

Dalam situasi di atas, apa yang akan anda lakukan? Di sini anda mempunyai beberapa pilihan. Tanya iman anda dan buatlah pilihan yang bijak.



PILIHAN 1
Kebanyakan kita akan menarik selimut semula dan menyambung episod kedua mimpi yang tergantung separuh jalan. Bukan itu sahaja, hati turut mengomel, "Apasal la aku bangun awal sangat." Terzahir sebuah kekesalan. Kesal bangun awal? Nauzubillah.



PILIHAN 2
"Oh baru pukul 3 pagi. Waktu macam ni doa makbul. Ya ALLAH, ampunkanlah dosaku dan dosa kedua ibu bapaku. J adik an aku hamba yang mempunyai semangat juang yang tinggi, berjuang untuk kebahagiaan dunia dan akhirat." Kemudian sambung kembali 'ibadah senyap'.



PILIHAN 3
Sebaik menyedari dah pukul 3 pagi (bukan baru pukul 3 pagi), segera bangun untuk solat tahajud. Sembahlah ALLAH saat mata-mata lain terpejam rapat, rukuklah saat hati kita masih tenang, sujudlah saat minda masih kosong dari sebarang urusan dunia dan berdoalah saat doa didengari ALLAH.

Terjaga di awal pagi adalah satu rahmat yang merupakan kurniaan ALLAH. Siapa tahu saat ALLAH takdirkan kita terjaga, sebenarnya ALLAH menunggu untuk memakbulkan sebarang permintaan malam tersebut. Mulalah dari langkah pertama, berdoa sebaik terjaga. Malah mintalah dari ALLAH untuk bangkitkan kita malam-malam seterusnya. Itulah caranya mengucapkan terima kasih kerana terjaga saat sedang tidur, bukan mengomel penuh kekesalan. Tetapi alangkah baiknya andai tahajud dapat ditunaikan.

Saturday, February 20, 2010

DiKeJar AnJing

Rutin harian ku sekarang pada hari cuti ialah bebasikal sekitar taman. Ini adalah nasihat trainer peribadi ku 'mr don' sebab dia kata ...macam da berat jek badan aby . huhuhu ...okey la ambil tindakan yang positif. Dari buang duit gi pusat kecantikan sedut lemak baik aku exercise jek.. badan pun sihat duit pun tak abis. Kalau tak sempat waktu pagi aku buat belah petang. Semalam aku cycling petang.. okey jek pada mulanya da 4 kali ronda sekitar taman. Seronok kena tiup angin petang..


Tiba kat kawasan rumah baru dalam pembinaan aku dengar macam ada suara mendengus di belakang ku..bila ku toleh belakang nampaklah seekor anjing warna putih sedang mengekori ku..tah bila di ada pun aku tak perasan ..apa lagi mengelabah aku di buatnya..kayuh sekuat hati...seram ooo...aku lintas ke seberang jalan nasib baik takde kereta ...kalau x ..tido hospital la aku ...huhuhu....tak untung...selang beberapa minit cik abang ku ngan anak-anak follow 'skuad pengiring' dari belakang..aku citer ngan hubby ada ada anjing kejar..dia kata 'kalau anjing kejar jangan lari' macamana nak lari dah aku kan naik basikal...


* yang atas tu basikal aku..yang bawah laks basikal hubby aku..mana lawa??

Thursday, February 18, 2010

Bermain dengan doh adalah salah satu aktiviti daklam tunjang PFK (Pendidikan Fizikal dan kesihatan) bertujuan untuk melembutkan psikomotor halus kanak-kanak.Persediaan awal untuk mereka memegang pensel. Berbagai ragam yang boleh dilihat apabila aktiviti ini dijalankan.Aku menyuruh mereka membuat huruf abc. Ada yang boleh melakukan sendiri dan ada yang memerlukan bimbingan.




Kita nak buat sorang-sorang la ...jangan kacau...






yeh..yeh..kita boleh buat la.. tengok teacher jadi kan..kita punya..






kawan-kawan..teacher amik gambar laa...senyum..muka kita masuk tak..


camne nak buat nie kak...






kita main sama-sama ya dik....






alamak!!!...ada spiderman terbang laa....






fuyoooooo......






nak main mana satu ek...








Damia dengan keletahnya yang selalu menghiburkanku...







Batrisya dengan gayanya tersendiri yang selalunya diluar jangkaan ku...








walaupun anak-anak ku semuanya perempuan ...tapi koleksinya mengalahkan budak lelaki...maklumlah anak papa...

Friday, February 12, 2010

Ya Allah, perbetulkanlah ibadahku, yang merupakan asas kehidupanku, dan perbetulkanlah hal duniaku, yang merupakan kehidupanku, dan kurniakanlah kesejahteraan padaku di Hari Akhirat. Berkatilah kehidupanku di dunia dengan kesejahteraan dan jadikanlah kematianku sebagai kebebasan daripada golongan syaitan..amin...
Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan kebijaksanaanNya ialah kejadian langit dan bumi dan perbezaan bahasa kamu dan warna kulit kamu. sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan bagi orang yang berpengetahuan. (Ar-Rum 30:22)





.....................................................................................


Di sini saya ingin mengutarakan satu peristiwa yang telah disaksikan oleh Rasulullah s.a.w semasa dalam perjalanan Isra Miraj yang ada kaitannya dengan penghuraian tabarruj.
Diriwayatkan oleh Sayyidina Ali karam allahu wajhah:
Saya dengan Fatimah pergi mengadap Rasulullah s.a.w kami dapati baginda
sedang menangis lalu kami bertanya kepadanya:
Apakah yang menyebabkan ayahanda menangis, ya Rasulullah?
Rasulullah menjawab:
Aku lihat ada perempuan rambutnya tergantung, otaknya menggelegak.
Aku lihat perempuan yang digantung lidahnya, tangannya terikat ke belakang dan Qathran (air yang menggelegak) dicurahkan ke dalam halkumnya.

Aku lihat perempuan tergantung, kedua kakinya diikat, tangannya terikat di umbunumbunnya dan disuakan dengan ular dan kala.

Aku lihat perempuan yang memakan badannya sendiri, di bawahnya dinyalakan api.

Aku mlihat perempuan yang memotong tubuhya dengan gunting daripada api neraka.

Aku lihat perempuan yang bermuka hitam, memakan tali perutnya sendiri.

Aku lihat perempuan yang telinganya pekak dan matanya buta,diisi ke dalam sebuah peti yang diperbuat daripada api neraka, otaknya keluar dari lubang hidungnya, badannya berbau busuk, kerana berpenyakit sopak dan kusta.

Aku lihat perempuan yang kepalanya seperti khinzir, badannya seperti badan keldai, beribu-ribu kesengsaraan yang dirasainya.

Aku lihat perempuan, rupanya seperti anjing, kala dan ular masuk ke kemaluannya, atau ke mulutnya dan keluar di duburnya. Malaikat memukul kepalanya dengan corong daripda api neraka.

Fatimah pun berdiri dan bertanya kepada ayahnya:

Ayahanda yang dikasihi, ceritakanlah kepada anakanda; apakah kesalahan
yang dilakukan oleh perempuan-perempuan itu?.

Rasulullah menjawab:

Fatimah, adapun perempuan yang tergantung rambutnya itu ialah perempuan yang tidak menutup rambutnya daripada lelaki yang yang bukan muhrimnya.

Perempua yang lidahnya tergantung itu ialah perempuan yang menggunakan lidahnya untuk memaki hamun dan menyakiti hati suaminya.

Perempuan yang kedua-dua kakinya tergantung itu ialah perempuan yang keluar dari rumahnya dengan tidak mendapat keizinan daripada suaminya dan tidak mahu mandi suci daripada haid dan nifas.

Perempuan yang memakan badannya sendiri itu ialah kerana ia berhias untuk lelaki yang bukan suaminya dan suka mengumpat-ngumpat orang.

Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka, ia memperkenalkan dirinya kepda orang asing, bersolek dan berhias supaya kecantikannya itu dilihat ole lelaki lain.

Perempuan yang diikat kedua-dua kakinya, tangannya diikat ke arah umbun-umbun dan disuakan dengan ular dan kala, ianya boleh bersembahyang dan berpuasa, tetapi tidak mahu mengambil air sembahyang dan tidak mahu mandi janabah (junub).

Perempuanyang kepalanya itu seperti khinzir dan badannya berupa badan keldai ialah perempuan ahli pengumpat dan pendusta.

Perempuan yang seperti anjing itu adalah perempuan yang suka membuat fitnah dan membenci suaminya.

Thursday, February 11, 2010

hAri LahiR mak




Hari lahir mak yang ke 71 tahun we all celebrate di rumah kak ngah(hjh Faridah) kebetulan kak ngah and family baru sehari balik dari menunaikan haji. Mak senyum hingga ke telingga sebab anak-anak buat 'surprise party' hehehe... Menu utama KFC,pizza hut, satey n soto telah membuatkan perutku senak sebab banyak sangat makan..naik lagi la berat badan ku...huhuhu...Kek birthday di taja oleh kak zai(chocolate indulgence by secret recipe)sedap tuuuu... sesedap kek coklat semanis kurma dari makkah...foyoooo..berbaloi-baloi..yang memeriahkan suasana ialah cucu dan anak-anak sekitar bp n jb..yang lain tu pandai-pandailah kirim hadiah ya...mak dapat hadiah kami pun dapat buah tangan dari makkah..apa-apa pun'Selamat Hari Lahir Mak' dari generasimu...Terima kasih yang tak terhingga..Kami sayang mak....muahhhhh...


.....................................................................................

*sejenak....
Tuhan memerintahkan supaya janganlah kamu sembah kecuali Dia dan berbuat baiklah terhadap ibubapa. Jika seorang daripada keduanya telah tua ataupun kedua-duanya, janganlah engkau katakan 'cis' kepadanya dan janganlah engkau herdik keduanya dan ucapkanlah kepada keduanya perkataan yang mulia(lemah lembut). Rendahkanlah sayap kehinaan kepada keduanya kerana kasih sayang dan katakanlah : 'Ya Tuhanku! Kasihanilah keduanya, sebagaimana keduanya mengasuhku ketika aku masih kecil.'
( Al-Israa'17: 23-24 )

.....................................................................................


*ReNungkan..

Siapakah di antara Kita yang bukan anak kepada seseorang? Tentulah setiap manusia dilahirkan ke dunia ini oleh seorang wanita yang bernama ibu. Dan wanita inilah yang terpaksa berjuang bermati-matian untuk melahirkan kita, melalui kesukaran dan kebimbingan membesarkan kita agar kita dapat menjalani kehidupan yang sihat, selesa dan bahagia di dunia yang penuh cabaran ini. Tiada lelaki yang mampu melakukan perkara ini walaupun Arnold Schwarzenegger mengatakan dia mampu melakukan dalam filemnya yang ditayangkan pada tahun 1994 iaitu filem junior!


Petikan dari buku 'Hidup Bukan Rahsia'....ms :7


Monday, February 8, 2010

aYat-ayAt CiNta

deSir paSir di paDang tanDuS
sEgErsaNg pEmiKiran hAti
tErKisaH kU dIaNtaRa Cinta yaNg rUmiT
bIla KeYakiNan kU dAtanG
kaSih Bukan sEkadar cInta
pEngorBanan cInTa yAng aGung
kU pErtaHanKan
mAaf jika Ku taK sEmpuRna
cInta Ini taK muNgkin kU cegah
aYat-aYat cInta bErceriTa
cInta ku pAdaMu
bIla BaHagia muLai mEnyenTuh
sEakan kU bIsa hIdup LebiH lAma
nAmun hArus ku TinGGalkaN cInta
kEtiKa ku BERsuJud

...suka sangat lagu nie...

;;

Belajar Cakap Mat Saleh