Tuesday, July 27, 2010


1.Jangan terlalu memikirkan mengenai masalah, sakit kepala dan kesakitan serta mengharapkan simpati dan perhatian daripada orang lain.

2.Terimalah hakikat bahawa lebih banyak perhatian yang anda berikan kepada perkara-perkara ini lebih teruklah keadaan anda nanti. Semua perkara akan menjadi kelam kabut dan hati anda terluka dan berasa tidak sabar kerana orang lain tidak ambil peduli.

3.Jangan fikir anda harus menunjuk kepada orang lain bahawa anda berada dalam keadaan yang betul dan dapat memenangi hati mereka dalam setiap perkara yang anda lakukan.

Diet Tinggi Protein - Jika kita mengamalkan diet tinggi protein, kemungkinan besar menjadikan kita kelihatan 3-8 tahun lebih tua dari usia sebenar. Diet tinggi protein sebenarnya menyebabkan sumber kalori hadir daripada lemak yang memberi kesan kepada jantung. Jika sebelum ini kita menggemari daging merah, cuba tukar kepada ikan dan tambahan sayur-sayuran.

Minuman Berkafein - Minuman berkafein ada kebaikannya jika dalam kuantiti yang berpatutan kerana ia membantu proses membakar lemak, namun jika dalam kuantiti yang berlebihan ia boleh memudaratkan dan memberikan kesan buruk. Antaranya ia boleh mempercepatkan proses penuaan kulit. Bagi mengatasinya, minumlah jus buah-buahan. Sebaiknya, minum air 6 hingga 8 gelas sehari. Ini akan menghidratkan kulit serta melancarkan sistem pembuangan air kecil.

Makanan Tinggi Gula - Gula memang membahayakan dan menyebabkan pelbagai penyakit datang terutamanya diabetis dan darah tinggi. Namun sebenarnya gula juga menjadikan kita kelihatan lebih tua. Bagaimana gula bertindak? Apabila kadar gula dalam darah menjadi tinggi, gula akan masuk ke kolagen kulit, sehingga menjadikan kulit kelihatan kaku. Oleh itu awasilah juga makanan yang tinggi kandungan gula.


SK Peserai akan menyambut ulangtahun ke 100 tahun. Berikut acara yang akan berlangsung pada hari tersebut.

Majlis Tahlil
8.00 pagi hingga 12.30 tgh.( 30/07/2010 )

Malam Alumni
masa 8.00 malam hingga 11.00 malam. ( 30/07/2010 )

Karnival ICT
30 Julai 2010 (3.00 petang-5.00 petang)
31 Julai 2010 (8.00 pagi-4.30 petang)

Aktiviti
Pameran ICT
Pertandingan Mewarna
Pertandingan Pakaian Beragam
Tayangan Video
Jualan

# meriah sakan rugi kalau tak datang !!!

Saturday, July 24, 2010

Hari ini karnival prasekolah peringkat zon semerah telah berlangsung. Alhamdulillah semua berjalan dengan baik. Yang tak bestnya lupa pulak bawak camera, padahal dah ku letak atas meja tu pun lupa nak amik..tanda-tanda penuaan telah berlaku lagi.

Tengah sibuk waktu menguruskan borang markah (yang tidak lengkap oleh ku) mataku terpandang dengan seorang budak lelaki ..hmm macam ku kenal budak nie ..tapi dimana ya..oooo..rupa-rupanya anak NJ rakanku semasa disekolah yang da berbelas tahun tidak bertemu..Ariff namanya..sebijik macam muka mamanya..tapi NJ tidak berada disitu..mama kat kampung katanya(bp la) kirim salam kat mama ya..kataku..rasa macam tak percaya boleh jumpa dgn si Ariff ni..selalu hanya dapat tengok dalam blog NJ aje..rindunya kat NJ..

Keputusan Karnival telah diumumkan sekolah ku Johan dalam Hafazan. No 2 dalam bercerita bahasa Inggeris. No 3 dalam sajak..alhamdulillah..Sekarang ni kena berlatih untuk keperingkat daerah pada 7 ogos..nampaknya tak dapatla join rombongan sekolah ke kelantan waaaa...

Apa apapun terimakasih kepada kak Azizah saim, Julaiha Jalil, Ustazah wani, Cikgu Mustaffa Mohamad, Cikgu Masdilaila dan Cikgu Shaira Ezaida kerana sama-sama menjayakan karnival Prasekolah Zon Semerah..TQ very much...

Friday, July 23, 2010

pokok..

ku tanam pokok bunga
bunga mawar namanya
ku siram dan ku jaga
lama besar jadinya

ku petik bunga mawar
ku letak dikepala
ku jalan sini sana
harum wangi baunya..

tu kalau pokok yang sentiasa disiram dan dijaga...lain ceritanya ngan pokok kat umah aku.. habis .. ada yang da keluar tanduk..ada yang togel daunnya ..yang kurus pun ada..hmmmm..kesian pokok-pokok nie..



pokok pandan yang idup segan mati tak mau..kesian dia kurus-kering tak macam tuannya...



dah tinggal batang aje..daunnya..!!!mana ekk..




yang nie daunnya tunggu ari nak gugur aje..da kuning-kuning tuu..




bongsai ku yang lama tidak dibuang daunnya..kat akar pun da tumbuh daun..hhhuuuu




sampai da keluar dari bentuk asal yang cun melecun..rosak figure bongsai aku nie..


aduhai pokok-pokok ku sekalian tunggu masanya kamu semua akan dibelai semula ya..sabarla yaa!! ( bila la tu ekk )

Tuesday, July 20, 2010

Makan mesti cukup tapi bukan berlebihan. Jangan sebab nak kurus, kita rela berlapar setiap hari. Cara yg baik, makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang. Makanan memberikan tenaga dan vitamin yang diperlukan badan tetapi jeling-jelinglah makanan kita. Pastikan ia menu sihat dan bukan penuh lemak atau “junk food” dan “fast food” semata-mata. Hmmm.. boleh ke aku wat camtu ekk..

Kita sering diajar untuk menuruti nasihat orang tua dan pantang menderhaka. Hati ibu atau bapa yang terluka akan mengakibatkan mereka terujarkan kata-kata yang tidak baik. Kata-kata ibu sering dianggap satu doa kepada anak-anak kerana mulut ibu dianggap lebih masin daripada bapa. Dalam cerita rakyat Si Tanggang, anak yang derhaka telah disumpah menjadi batu. Doa ibu termakbul dengan mudah kerana ibu yang lebih ‘dekat’ dengan si anak. Ibulah yang mengandungkan anaknya. Rasa serta perasaan antara anak dan ibu itu telah lama bersatu. Namun sebagai ibu bapa, seharusnya seringlah menggunakan kata-kata yang baik. Usahlah menganggap sumpah seranah ke atas anak itu perkara yang remeh kerana setiap kata itu suatu doa.

;;

Belajar Cakap Mat Saleh