Thursday, February 11, 2010

hAri LahiR mak




Hari lahir mak yang ke 71 tahun we all celebrate di rumah kak ngah(hjh Faridah) kebetulan kak ngah and family baru sehari balik dari menunaikan haji. Mak senyum hingga ke telingga sebab anak-anak buat 'surprise party' hehehe... Menu utama KFC,pizza hut, satey n soto telah membuatkan perutku senak sebab banyak sangat makan..naik lagi la berat badan ku...huhuhu...Kek birthday di taja oleh kak zai(chocolate indulgence by secret recipe)sedap tuuuu... sesedap kek coklat semanis kurma dari makkah...foyoooo..berbaloi-baloi..yang memeriahkan suasana ialah cucu dan anak-anak sekitar bp n jb..yang lain tu pandai-pandailah kirim hadiah ya...mak dapat hadiah kami pun dapat buah tangan dari makkah..apa-apa pun'Selamat Hari Lahir Mak' dari generasimu...Terima kasih yang tak terhingga..Kami sayang mak....muahhhhh...


.....................................................................................

*sejenak....
Tuhan memerintahkan supaya janganlah kamu sembah kecuali Dia dan berbuat baiklah terhadap ibubapa. Jika seorang daripada keduanya telah tua ataupun kedua-duanya, janganlah engkau katakan 'cis' kepadanya dan janganlah engkau herdik keduanya dan ucapkanlah kepada keduanya perkataan yang mulia(lemah lembut). Rendahkanlah sayap kehinaan kepada keduanya kerana kasih sayang dan katakanlah : 'Ya Tuhanku! Kasihanilah keduanya, sebagaimana keduanya mengasuhku ketika aku masih kecil.'
( Al-Israa'17: 23-24 )

.....................................................................................


*ReNungkan..

Siapakah di antara Kita yang bukan anak kepada seseorang? Tentulah setiap manusia dilahirkan ke dunia ini oleh seorang wanita yang bernama ibu. Dan wanita inilah yang terpaksa berjuang bermati-matian untuk melahirkan kita, melalui kesukaran dan kebimbingan membesarkan kita agar kita dapat menjalani kehidupan yang sihat, selesa dan bahagia di dunia yang penuh cabaran ini. Tiada lelaki yang mampu melakukan perkara ini walaupun Arnold Schwarzenegger mengatakan dia mampu melakukan dalam filemnya yang ditayangkan pada tahun 1994 iaitu filem junior!


Petikan dari buku 'Hidup Bukan Rahsia'....ms :7


0 comments:

Post a Comment

Belajar Cakap Mat Saleh