Monday, November 1, 2010

Syukur alhamdulillah Karnival pendidikan Prasekolah telah selesai. Anak murid ku Abdul Hamid Rashid sallehudin telah berjaya menjadi johan hafazan. Walaupun bagi acara nyanyian dan gerakan tewas, aku telah berpuashati atas persembahan yang telah dipamerkan oleh mereka semua. Malangnya gambar bagi acara nyanyian dan gerakan tiada kerana aku menemani Abdul Hamid, dan PPMku yang menemani mereka tidak berkesempatan untuk mengambil gambar. Apa-apa pun kamu semua memang hebat!!!



Saturday, October 2, 2010

Thursday, August 12, 2010

Wednesday, August 11, 2010

Cuaca hujan sejak awal pagi. Sampai sahaja di sekolah anak muridku sedang bersarapan bersama dengan Kak Iza (ppm ku ). Semuanya sudah tiba di sekolah kecuali sorang ku ambil di rumah, kereta ayah rosak katanya. Sampai di dewan SJK (C) Pei Chun aku bergergas mengambil barang yang hendak digunakan dibonet kereta. Kak Badariah Tawil JU zon semerah merangkap jurulatih sedang mengetest cd yang hendak digunakan. Tanpa melengahkan masa ku ajak geng2 ku.. fara dan aisyah untuk menyiapkan bebudak..dan mulalah ku conteng muka bebudak tu..hehehee....








Time pertandingan berlangsung..gelek!!!




makan time..



Alhamdulillah akhirnya sekolahku Johan hafazan. Johan bersama nyanyian dan gerakan..bersedia tuk peringkat negeri pulak..lepas raya la yaa..

Tuesday, August 10, 2010

Latihan Pusat

Sudah sebulan aku berulang alik dari sekolah ke SK Sri Pengkalan untuk latihan pusat bagi acara nyanyian dan gerakan bagi Pertandingan Karnival Pendidikan Prasekolah Daerah Batu Pahat. Penatnya!!! tapi rasa puas sebab anak muridku dapat mengikut rentak yang telah di ajar. Hari ini merupakan hari terakhir latihan sebab esok adalah hari penentuan. Keluar awal sikit dari kebiasaan sebab ada tetamu hendak melihat. Muridku tidak sempat makan sebab makanan belum siap di masak. Singgah di hentian Mahkota di Pt Simen hajatnya hendak sarapan disitu, tapi malangnya tiada gerai yang bukak..cikgu kita nak main playground boleh tak kata anak muridku..hmmm..ok boleh tapi sekejap aja tau..kataku..ok..yeaaa..sorak mereka


Berpossing di Hentian Mahkota..bebudak ni memang pandai bergaya..pantang nampak camera..




Sarapan roti canai di pekan semerah





Latihan dijalankan ..memang mencabar!!!










Tuesday, July 27, 2010


1.Jangan terlalu memikirkan mengenai masalah, sakit kepala dan kesakitan serta mengharapkan simpati dan perhatian daripada orang lain.

2.Terimalah hakikat bahawa lebih banyak perhatian yang anda berikan kepada perkara-perkara ini lebih teruklah keadaan anda nanti. Semua perkara akan menjadi kelam kabut dan hati anda terluka dan berasa tidak sabar kerana orang lain tidak ambil peduli.

3.Jangan fikir anda harus menunjuk kepada orang lain bahawa anda berada dalam keadaan yang betul dan dapat memenangi hati mereka dalam setiap perkara yang anda lakukan.

Diet Tinggi Protein - Jika kita mengamalkan diet tinggi protein, kemungkinan besar menjadikan kita kelihatan 3-8 tahun lebih tua dari usia sebenar. Diet tinggi protein sebenarnya menyebabkan sumber kalori hadir daripada lemak yang memberi kesan kepada jantung. Jika sebelum ini kita menggemari daging merah, cuba tukar kepada ikan dan tambahan sayur-sayuran.

Minuman Berkafein - Minuman berkafein ada kebaikannya jika dalam kuantiti yang berpatutan kerana ia membantu proses membakar lemak, namun jika dalam kuantiti yang berlebihan ia boleh memudaratkan dan memberikan kesan buruk. Antaranya ia boleh mempercepatkan proses penuaan kulit. Bagi mengatasinya, minumlah jus buah-buahan. Sebaiknya, minum air 6 hingga 8 gelas sehari. Ini akan menghidratkan kulit serta melancarkan sistem pembuangan air kecil.

Makanan Tinggi Gula - Gula memang membahayakan dan menyebabkan pelbagai penyakit datang terutamanya diabetis dan darah tinggi. Namun sebenarnya gula juga menjadikan kita kelihatan lebih tua. Bagaimana gula bertindak? Apabila kadar gula dalam darah menjadi tinggi, gula akan masuk ke kolagen kulit, sehingga menjadikan kulit kelihatan kaku. Oleh itu awasilah juga makanan yang tinggi kandungan gula.


SK Peserai akan menyambut ulangtahun ke 100 tahun. Berikut acara yang akan berlangsung pada hari tersebut.

Majlis Tahlil
8.00 pagi hingga 12.30 tgh.( 30/07/2010 )

Malam Alumni
masa 8.00 malam hingga 11.00 malam. ( 30/07/2010 )

Karnival ICT
30 Julai 2010 (3.00 petang-5.00 petang)
31 Julai 2010 (8.00 pagi-4.30 petang)

Aktiviti
Pameran ICT
Pertandingan Mewarna
Pertandingan Pakaian Beragam
Tayangan Video
Jualan

# meriah sakan rugi kalau tak datang !!!

Saturday, July 24, 2010

Hari ini karnival prasekolah peringkat zon semerah telah berlangsung. Alhamdulillah semua berjalan dengan baik. Yang tak bestnya lupa pulak bawak camera, padahal dah ku letak atas meja tu pun lupa nak amik..tanda-tanda penuaan telah berlaku lagi.

Tengah sibuk waktu menguruskan borang markah (yang tidak lengkap oleh ku) mataku terpandang dengan seorang budak lelaki ..hmm macam ku kenal budak nie ..tapi dimana ya..oooo..rupa-rupanya anak NJ rakanku semasa disekolah yang da berbelas tahun tidak bertemu..Ariff namanya..sebijik macam muka mamanya..tapi NJ tidak berada disitu..mama kat kampung katanya(bp la) kirim salam kat mama ya..kataku..rasa macam tak percaya boleh jumpa dgn si Ariff ni..selalu hanya dapat tengok dalam blog NJ aje..rindunya kat NJ..

Keputusan Karnival telah diumumkan sekolah ku Johan dalam Hafazan. No 2 dalam bercerita bahasa Inggeris. No 3 dalam sajak..alhamdulillah..Sekarang ni kena berlatih untuk keperingkat daerah pada 7 ogos..nampaknya tak dapatla join rombongan sekolah ke kelantan waaaa...

Apa apapun terimakasih kepada kak Azizah saim, Julaiha Jalil, Ustazah wani, Cikgu Mustaffa Mohamad, Cikgu Masdilaila dan Cikgu Shaira Ezaida kerana sama-sama menjayakan karnival Prasekolah Zon Semerah..TQ very much...

Friday, July 23, 2010

pokok..

ku tanam pokok bunga
bunga mawar namanya
ku siram dan ku jaga
lama besar jadinya

ku petik bunga mawar
ku letak dikepala
ku jalan sini sana
harum wangi baunya..

tu kalau pokok yang sentiasa disiram dan dijaga...lain ceritanya ngan pokok kat umah aku.. habis .. ada yang da keluar tanduk..ada yang togel daunnya ..yang kurus pun ada..hmmmm..kesian pokok-pokok nie..



pokok pandan yang idup segan mati tak mau..kesian dia kurus-kering tak macam tuannya...



dah tinggal batang aje..daunnya..!!!mana ekk..




yang nie daunnya tunggu ari nak gugur aje..da kuning-kuning tuu..




bongsai ku yang lama tidak dibuang daunnya..kat akar pun da tumbuh daun..hhhuuuu




sampai da keluar dari bentuk asal yang cun melecun..rosak figure bongsai aku nie..


aduhai pokok-pokok ku sekalian tunggu masanya kamu semua akan dibelai semula ya..sabarla yaa!! ( bila la tu ekk )

;;

Belajar Cakap Mat Saleh