Tuesday, July 27, 2010

Diet Tinggi Protein - Jika kita mengamalkan diet tinggi protein, kemungkinan besar menjadikan kita kelihatan 3-8 tahun lebih tua dari usia sebenar. Diet tinggi protein sebenarnya menyebabkan sumber kalori hadir daripada lemak yang memberi kesan kepada jantung. Jika sebelum ini kita menggemari daging merah, cuba tukar kepada ikan dan tambahan sayur-sayuran.

Minuman Berkafein - Minuman berkafein ada kebaikannya jika dalam kuantiti yang berpatutan kerana ia membantu proses membakar lemak, namun jika dalam kuantiti yang berlebihan ia boleh memudaratkan dan memberikan kesan buruk. Antaranya ia boleh mempercepatkan proses penuaan kulit. Bagi mengatasinya, minumlah jus buah-buahan. Sebaiknya, minum air 6 hingga 8 gelas sehari. Ini akan menghidratkan kulit serta melancarkan sistem pembuangan air kecil.

Makanan Tinggi Gula - Gula memang membahayakan dan menyebabkan pelbagai penyakit datang terutamanya diabetis dan darah tinggi. Namun sebenarnya gula juga menjadikan kita kelihatan lebih tua. Bagaimana gula bertindak? Apabila kadar gula dalam darah menjadi tinggi, gula akan masuk ke kolagen kulit, sehingga menjadikan kulit kelihatan kaku. Oleh itu awasilah juga makanan yang tinggi kandungan gula.

0 comments:

Post a Comment

Belajar Cakap Mat Saleh