Saturday, July 24, 2010

Karnival Zon 2010

Hari ini karnival prasekolah peringkat zon semerah telah berlangsung. Alhamdulillah semua berjalan dengan baik. Yang tak bestnya lupa pulak bawak camera, padahal dah ku letak atas meja tu pun lupa nak amik..tanda-tanda penuaan telah berlaku lagi.

Tengah sibuk waktu menguruskan borang markah (yang tidak lengkap oleh ku) mataku terpandang dengan seorang budak lelaki ..hmm macam ku kenal budak nie ..tapi dimana ya..oooo..rupa-rupanya anak NJ rakanku semasa disekolah yang da berbelas tahun tidak bertemu..Ariff namanya..sebijik macam muka mamanya..tapi NJ tidak berada disitu..mama kat kampung katanya(bp la) kirim salam kat mama ya..kataku..rasa macam tak percaya boleh jumpa dgn si Ariff ni..selalu hanya dapat tengok dalam blog NJ aje..rindunya kat NJ..

Keputusan Karnival telah diumumkan sekolah ku Johan dalam Hafazan. No 2 dalam bercerita bahasa Inggeris. No 3 dalam sajak..alhamdulillah..Sekarang ni kena berlatih untuk keperingkat daerah pada 7 ogos..nampaknya tak dapatla join rombongan sekolah ke kelantan waaaa...

Apa apapun terimakasih kepada kak Azizah saim, Julaiha Jalil, Ustazah wani, Cikgu Mustaffa Mohamad, Cikgu Masdilaila dan Cikgu Shaira Ezaida kerana sama-sama menjayakan karnival Prasekolah Zon Semerah..TQ very much...

0 comments:

Post a Comment

Belajar Cakap Mat Saleh