Wednesday, March 24, 2010

5 Mac 2010 genaplah umur puteriku yang sulong 10 tahun...rasanya sekejap aje dania membesar..pejam celik-pejam celik dah 10 tahun umurnya. Untuk Dania mama ucapkan selamat panjang umur, murah rezeki, diberkati Allah selalu..belajar rajin-rajin dan yang paling penting jangan tinggal solat...HAPPY BIRTHDAY MY DEAR..


steak kegemaran dania .. kat D'impiana .. pt raja .. sedap!!!!

Thursday, March 11, 2010


Pada 8-10 mac yang lalu mesyuarat Test Run Sistem Maklumat Prasekolah Kebangsaan telah diadakan di Hotel Tropical Inn Jb. Dihadiri oleh 5 orang wakil Jurulatih Utama prasekolah di setiap daerah dan pegawai-pegawai dari KPM dan JPNJ. Mesyuarat ini diadakan adalah bertujuan untuk menguji sistem yang telah dibina untuk mengumpulkan data bagi seluruh kanak-kanak yang mengikuti pendidikan awal di KPM,Kemas,Perpaduan dan Swasta. Mesyuarat ini telah dikendalilan oleh En Mohd Sauki B Mohamed iaitu Penolong Pengarah Sektor Pengurusan Pend. Awal Kanak-kanak, Kementerian Pelajaran Malaysia. Sistem ini dibina oleh Syarikat Rebound Asia yang dikendalikan oleh En Hisham B Maaruf dan En Mohd Razin B Mohd Mokhtar. Antara Pegawai yang hadir :
1. En Mohd Fauzi B Mahson
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Kementerian Pelajaran Malaysia.
2. Pn Rashidah Bt Mohd Rasul
Bahagian Pendidikan Khas
Kementerian Pelajaran Malaysia
3. En Mohamad Shar B Jasman
Unit Prasekolah
Jabatan Pelajaran Negeri Johor
4. En Norlizam B Mohd Monzai
Unit Pendidikan Swasta
Jabatan Pelajaran Negeri Johor.
Mesyuarat ini telah di rasmikan oleh En Zulkarnain B Fauzi Ketua Penolong Pengarah, Sektor Pengurusan Awal Kanak-kanak dan Prasekolah, kementerian Pelajaran Malaysia.






Wakil Daerah Batu Pahat :
1. En Mohd Jefri B Selamat. SK Sejagong
2. En Mohd Fauzy B Ahmad. SK Bukit Rahmat
3. Cik Farah Wahida Bt Mohd Som. SK Seri Chantek
4. Cik Isyanty Bt Ithnin. SK Seri Telok
5. Pn Norhafiza Bt Taib. SK Peserai

Saturday, March 6, 2010

Bola Jaring..

Tahun ini takde game untuk peringkat zon. Pemilihan peserta untuk ke peringkat daerah dipilih dari kalangan pemain-pemain yang menunjukkan skilnya pada hari ini di SK penghulu Salleh. 3 pemain Sekolah kita telah terpilih( Fatihah, Sabrina dan Ariqa). Yang tak terpilih tu takpe la.. you all telah menunjukkan bakat yang telah diajar oleh jurulatih kita 'cikgu Aryanti'..Terima kasih kepada semua anak murid cikgu..








Friday, March 5, 2010

REKABENTUK KURIKULUM

Ciri utama Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan:

1. Kurikulum berasaskan standard

2. Kurikulum berbentuk modular



Kurikulum Berasaskan Standard

Tujuannya adalah untuk ekuiti dan kualiti. Di mana ekuiti bermaksud semua murid diberi pendidikan yang sama dan kualiti merujuk kepada bahawa semua murid perlu diberi pendidikan yang berkualiti. Standard Kandungan merupakan pernyataan spesifik tentang perkara yang patut murid tahu dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan. Ia merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai. Standard Pembelajaran pula merupakan satu penetapan kriteria @ indikator pencapaian dalam bentuk objektif tingkahlaku (behavioural) untuk memastikan pencapaian setiap standard kandungan.



Kurikulum Berbentuk Modular

Merupakan satu kurikulum yang kandungannya diorganisasikan dan seterusnya disampaikan dalam bentuk bahagian atau unit (dinamakan modul). 2 jenis modul diwujudkan iaitu:


1. Modul Asas - terdiri dari komponen bahasa (BM/BI/BC/BT), Pendidikan Islam, Pendidikan Moral, Permainan Luar dan Matematik.


2.Modul Bertema - iaitu modul bersepadu yang merangkumi unsur-unsur dalam keenam-enam Tunjang dan juga unsur kreatif, kritis dan inovatif. (modul ini dibina menggunakan isu kehidupan seharian kanak-kanak)




TUNJANG PEMBELAJARAN dalam KSPK :

Tunjang Komunikasi
Tunjang Kerohanian, Sikap dan Nilai
Tunjang Kemanusiaan
Tunjang Sains dan Teknologi
Tunjang Perkembangan Fizikal dan Estetika
Tunjang Ketrampilan Diri

Penekanan dalam Kurikulum Standard ini adalah supaya murid-murid prasekolah dapat menguasai 4M bukan lagi 3M:
1.membaca
2.menulis
3.mengira
4.menaakul


* ingin tahu lebih lanjut layari 'Portal Prasekolah SK Datuk Usman Awang.

Wednesday, March 3, 2010

KiSah LuCu

Anak yang baik
Dua orang sahabat yang sudah lama tidak berhubung akhirnya bertemu di sebuah pasar...
Mereka bercerita tentang keluarga masing-masing.
Maimon: Aku ada seorang anak lelaki yang kelakuannya sangat sempurna
Hasnah: Adakah dia merokok?
Maimon: Oh, tidak!... Tidak sama sekali!
Hasnah: Dia kekadang minum bir?
Maimon: Oh, Tidak! Dia anak yang baik-baik
Hasnah: Dia kuat bersosial... dan selalu pulang larut malam kerumah?
Maimon: Tidak pernah sama sekali! Namanya juga anak terbaik dalam keluarga
Hasnah: Wah, Nampaknya dia betul-betul anak lelaki yang sempurna, Berapa usianya?
Maimon: Minggu depan akan genap usianya 6 bulan!





Dah kena
Pada suatu pagi, Puan Tina ingin menghantar anaknya, Farid ke sekolah dengan menggunakan kereta barunya. Semasa hendak mengundurkan keretanya itu Puan Tina pun berpesan kepada anaknya:
Puan Tina: Farid, Tolong tengok-tengokkan belakang kereta. Kalau langgar pokok beritahu ibu.
Farid: Baiklah, Ibu!
Puan Tina: Kena tak? Kena tak?
Farid: Belum, Belum, Undurlah lagi ibu.
Puan Tina: Kena tak? Kena Tak?
Farid: Undur lagi, lagi, lagi...
Tiba-tiba terdengar bunyi yang kuat.... Bang!!
Farid: Ok Ibu, dah kena pun pokok!
Puan Tina: Alamak! Macamana boleh terlanggar pokok? Habis kereta aku!
Farid: Kata Ibu bila kena pokok beritahu, dah kena pokoklah tu!







Kisah Cikgu
Seorang Cikgu tertidur di depan kelas, ketika terbangun ia menyuruh murid-muridnya pulang.
"Tadi saya sudah berjanji dengan Putera Charles untuk bertemu di alam mimpi," katanya sebagai alasan.
Keesokan harinya, ada seorang murid tertidur di kelas itu.
Cikgu mengejutkannya dengan pukulan kayu pembaris dan membentak,
"Kenapa kamu tidur di kelas!"
"Saya juga ada janji untuk bertemu dengan Putera Charles, Cikgu," jawab murid itu.
"Baiklah, apa yang dikatakan Putera Charles kepada kamu?" tanya Cikgu
"Putera Charles kata, dia tak bertemu dengan cikgu semalam." jawab murid.

;;

Belajar Cakap Mat Saleh